SUPER MOIST SOAP

Mengandungi susu kambing, minyak tea tree dan hyaluronate yang memberi kesan yang sangat bagus untuk kecantikan kulit. Sabun Super Moist boleh merawat :

  • Kulit bersisik & kering.
  • Kulit kasar & kusam.
  • Menjaga kecantikan kulit.
  • Bagus untuk ibu mengandung.
  • Bagus dipakai ketika dalam pantang (melahirkan anak).

 

Bagus dan berkesan bagi:

  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Masalah atau alahan kulit.
  • Memudarkan kesan parut.
  • Menjadikan kulit bersih dan berseri.

 

Gunakan Sabun Super Moist untuk setiap kali mandian. Buihnya yang kaya dengan bahan pelembap menyegarkan dan mencantikkan kulit kering, kasar, bersisik dan selepas mengalami kegatalan atau alahan kulit.

 

Kesan daripada kulit kering adalah kulit akan kelihatan kerepot, kusam, dan tidak segar. Kulit yang kering dan bersisik biasanya memiliki kadar minyak (serum) yang sangat rendah dan cenderung menjadi sangat sensitif. Kerana tidak dapat mempertahankan kelembapannya, kulit akan kelihatan kusam. Kulit yang terasa tegang atau terik setelah mencuci muka adalah salah satu ciri-ciri kulit kering. 

 

Berikut adalah beberapa faktor penyebab kulit kering dan bersisik :

 

1. Faktor Keturunan (Genetik)

Dalam faktor genetik, seseorang dipengaruhi oleh  ibu bapa atau anggota keluarga terdekat yang lain. Jadi jika ada ibu bapa anda yang memiliki kulit kering maka anda berkemungkinan besar juga akan mempunyai kulit yang kering.

 

2. Struktur Kulit

Kulit anda akan terhidrat bila keadaan kelenjar kulit anda tidak mampu memberi cukup kelembapan pada kulit. Dan akibatnya kulit anda menjadi kering.

 

3. Pola Pemakanan

Salah satu punca kulit menjadi kering adalah kurangnya nutrisi tertentu terutamanya sayuran. Jika pola pemakanan anda buruk dan tidak mengandungi gizi yang cukup maka kulit anda mudah menjadi kering.

 

4. Faktor Cuaca

Kulit kering juga disebabkan oleh pengaruh cuaca seperti udara dingin, terkena sinar matahari terlalu lama, dan lain-lain.

 

5. Penyakit Kulit

Kulit yang diserang penyakit kulit seperti eksim, psoriaris dan lain-lain akan menyebabkan kulit menjadi kering.

 

BIO CALAMINE ESSENCE

Bio Calamine Essence merupakan bedak sejuk yang di fomulasikan dari tumbuhan yang bersifat Anti Radang seperti Lidah Buaya , Pegaga , Pokok Akar Manis , Ganoderma dan dari Ekstrak Bunga- Bungaan terpilih sebagai bahan utamanya. Ia dapat memberi kesegaran pada wajah dan kulit badan. Sebagai tambahan, bedak sejuk berunsur herba ini dicampur Calamine berwarna merah jambu. Calamine adalah campuran di antara Zinkoksida Dan Febic Oksida . Kedua-dua bahan ini adalah bahan utama dalam Calamine Essence dan digunakan sebagai Anti-puritic atau agen Anti-Gatal disebabkan Fenol di dalam formulanya. digunakan untuk merawat keadaan puritic yang ringan seperti terbakar disebabkan sinar matahari dan pelbagai masalah sakit kulit . I

 

Ia juga digunakan sebagai sapuan yang ringan untuk mengelakkan jangkitan yang disebabkan oleh aktiviti menggaru kawasan terjejas gatal dan juga sebagai Astrigent untuk mengeringkan kawasan melepuh, juga merawat wajah dan badan. Ia juga dapat mencantikkan kulit wajah dan memberi kesegaran.

Sesuai digunakan untuk :

👉Ekzema

👉Alergi akibat makanan

👉Jerawat muka atau badan

👉Wanita selepas bersalin

👉Mengurangkan iritasi pada kulit

👉Sengatan dan gigitan serangga

👉Untuk penjagaan wajah serta menyegarkan

👉Menjadikan kulit lembut dan halus

👉Sangat baik untuk luka-luka ringan

👉Mengurangkan rasa tegang pada kulit

👉Merawat kulit dan menghasilkan sel-sel kulit baru

👉Mengatasi masalah kulit kusam.

 

Kandungan bahan utama :

 

Chamomilla Recutita ( ekstrak bunga-bungaan )

Khasiat: Mencantikan kulit, memperbaharui sel-sel kulit, menjadikan kulit lembut dan halus.

 

Glycyrrihza Glabra (pokok akar manis)

Khasiat : Mempertingkatkan sistem imunisasi. Telah digunakan beribu-ribu tahun oleh masyarakat cina untuk tujuan perubatan.

 

Aloe Vera

Khasiat : Merawat kulit dan menghasilkan sel-sel baru, mengurangkan ketidak selesaan & untuk merawat jerawat dan bintik hitam.

 

Centella Asiatika (daun pegaga)

Khasiat : Menyihatkan kulit disamping mengurangkan kerengsangan. Sangat baik untuk luka-luka ringan.

 

Ganoderma Lucidum ( ling zhi )

Khasiat : Mengatasi masalah jerawat pada wajah atau badan. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru.

 

Rosemary

Khasiat : Bau harum rosemary dapat menyegarkan kulit. Mengurangkan rasa tegang pada kulit.

 

Cara penggunaan :

• Goncang sebelum digunakan.

• Sapu ditempat yang bermasalah.

 

Amaran : Untuk kegunaan luaran sahaja .

 

Set Kombo Super Moist Soap + Bio Beauty Essence

RM53.00Price

    © 2018-2019 Twentysevenfour Network for Jamu Ratu Malaya. All rights reserved.